Trans Langat Hulu Langat memerlukan kita untuk menaiki tiga (3) puncak. Bermula dengan Gunung Hitam, Bukit Resam Ambat dan yang terakhir Bukit Batu Bulan. Secara amnya, jumlah perjalanan mendaki ialah 15km ++, jumlah perjalanan di jalan raya ialah 6km ++, dan jumlah ketinggian mendaki ialah 1500m ++. Tahap kesusahan dalam 6.5/10. Cuma apabila buat trans, mental dan fizikal perlu kuat.
Gunung Hitam

Pendakian bermula dengan Gunung Hitam. Ketinggian sebanyak 4, 002 ft / 1, 220 m mengambil masa mendaki secara purata selama tiga (3) jam. Walau bagaimanapun, durasi mendaki bergantung kepada tahap kelajuan mendaki. Kalau laju, boleh sampai dengan lebih awal. Laluan mendaki agak sukar kerana licin akibat hujan. Mungkin kalau pergi bukan musim hujan adalah lebih selamat.
Bagi Fiqqq laluan ke puncak agak sukar. Ibarat jalan jauh tapi tidak sampai-sampai. Oleh kerana ketika ini Fiqqq tidak perform makan ambil masa melebihi daripada waktu purata. Setiba di puncak, lelap sebentar dan teruskan ke lokasi seterusnya.

Selepas berjalan dalam 10 minit turun dari Gunung Hitam, kita akan melalui Gua Jepun. Boleh berhenti sebentar untuk bergambar. Fiqqq luangkan masa di sini sebentar saja. Ingin kejar line-up di hadapan. Jauh Fiqqq tertinggal di belakang.
Bukit Resam Ambat

Ketinggian Bukit Resam Ambat adalah 3, 770 ft / 1, 149 meter. Perjalanan lebih banyak kepada menurun dari Gunung Hitam. Lebih kurang ada dua kali kawasan menurun dan sakit sedikit ketika mendaki. Seronok masa menurun. Boleh laju sedikit. Namun laluan agak bahaya kerana curam. Mudah tergelincir. Fiqqq beberapa kali juga terjatuh. Hahaha. Kalau sudah terjatuh sendiri faham lah sakitnya macam mana. Lebih-lebih lagi jalan basah kerana hujan. Lebih kepada teknikal kaki untuk turun dengan selamat.
Disarankan untuk pakai sarung tangan jika ada kerana banyak dahan atau ranting berduri di laluan. Sakit yang amat apabila tersangkut di kepala atau kawasan lengan. Lebih-lebih lagi apabila kita ingin berpaut pada dahan untuk elakkan daripada terjatuh namun dahan yang kita capai itu berduri. Berhuhuhu sahaja lah Fiqqq ketika itu.
Bukit Batu Bulan

Bukit Batu bulan merupakan puncak terakhir untuk Trans Langat Hulu Langat. Dengan ketinggian sebanyak 3, 308 ft / 1, 008 meter sahaja. Untuk ke sini juga banyak menurun dan perlu mendaki dalam 30 minit sahaja. Bermakna tidak sesukar laluan sebelum ini.
Laluan untuk keluar dari hutan total menurun dan landai. Ada dalam empat (4) kilometer perjalanan untuk sampai ke papan tanda Genting Peras di tepi jalan raya. Ada beberapa simpang yang agak mengelirukan. Perlu berhati-hati waktu ini.
Oleh kerana laluan menurun dan target keluar sebelum jam 6 maka langkah panjang sedikit. Walaupun rasa tidak larat untuk melangkah tapi jika berhenti akan lama di trek. Paksa juga kaki untuk melangkah. Hahaha.
Alhamdulillah selamat keluar dengan baik walaupun ada pengalaman baru yang Fiqqq laluan semasa mendaki. Tidak pernah terjadi tapi berlaku untuk trip kali ini. Jika ingin buat trip begini, lebih baik gunakan mana-mana guide untuk uruskan permit dan sebagainya. Permit perlu ada dan beberapa perkara lain yang perlu diuruskan. Fiqqq join trip member Ajul Adventure Empire. Mudah sikit. Mereka uruskan semua dan Fiqqq hanya hadirkan diri.
Leave a Reply