Gunung Hitam Hulu Langat berketinggian sebanyak 4, 002 ft (1220meter) mengambil masa dalam empat (4) jam pendakian. Jika diikutkan, boleh ambil masa yang lebih singkat kerana waktu purata paling lama adalah tiga (3) jam sahaja. Memandangkan Fiqqq tersangat-sangat pewai maka terambil masa yang lebih daripada biasa. Oleh kerana sudah lama tidak mendaki, ini padahnya.
Laluan ke Gunung Hitam Hulu Langat
Permulaan pendakian memerlukan kita berjalan dalam 30 minit bermula di tempat letak kereta ke tempat permulaan mendaki gunung hitam. Jalan santai sambil-sambil panas badan dan perbetulkan urat kaki yang sudah lama tidak mendaki.
Awalnya boleh mendaki secara santai kerana terdapat laluan yang landai dan mendaki tidak terlalu pacak. Walau bagaimanapun tercungap juga ketika mendaki. Tapi Fiqqq jalan terus.
Namun, penyeksaan bermula selepas sejam mendaki. Laluan pacak yang boleh membuatkan Fiqqq mental koyak. Selama ini mendaki tidak pernah rasa kaki nak cramp. Tapi kali ini semua rasa. Termasuk muntah semasa mendaki. Mungkin sudah lama tidak mendaki jadi badan terkejut. Hahaha.
Apabila lihat pada jumlah ketinggian, lebih kurang seperti naik Bukit Kutu yang terletak di Kuala Kubu Baru. Tapi memang sudah dijangkakan bahawa setiap laluan pendakian tidak sama kesusahannya. Beberapa kali rasa ibarat jumpa puncak tipu. Maksudnya kita rasa kelihatan macam sudah dekat tapi sebenarnya masih jauh lagi perjalanan. Adakah sebab Fiqqq betul-betul barai kali ini sebab itu asyik rasa tertipu untuk sampai ke puncak?
Apabila kelihatan papan tanda ini bermakna makin hampir. Namun perkataan ‘hampir’ itu ambil masa yang lama juga untuk sampai. Hahaha. Terima kasih pada sweeper padu teman sampai naik puncak. Tiba-tiba rasa malu dengan diri sendiri sebab tidak tahu kenapa boleh barai macam ini. Aduhhh . Boleh gantung kasut dah selepas ini.
Sikit-sikit jalan akhirnya sampai juga puncak. Oleh kerana hujan renyai-renyai menjadikan cuaca agak sejuk di puncak. Nasib baik bawa baju hujan. Sekurang-kurangnya boleh panaskan sedikit badan. Berselubung juga lah sambil lelap lima (5) minit. Fiqqq memang akan ambil masa untuk tidur sebentar untuk topup tenaga. Hahaha. Jika larat, boleh teruskan pendakian ke dua puncak seterusnya untuk lengkapkan Trans Langat.
Tempat letak kenderaan
Kalau boleh datang secara carpool kerana tempat letak kereta sangat limited. Ini kerana jalan yang sempit dan keluasan bahu jalan yang kecik. Tambahan pula berdekatan dengan kawasan rumah orang. Jadi, ada kawasan yang tidak dibenarkan untuk meletak kenderaan. Ini adalah lokasi permulaan untuk mendaki.
[…] bermula dengan Gunung Hitam. Ketinggian sebanyak 4, 002 ft / 1, 220 m mengambil masa mendaki secara purata selama tiga (3) jam. […]