Bubbloom Bakes Kek Premium kini mengeluarkan dua jenis siri dengan enam perasa yang berbeza. Ini bukan kali pertama Fiqqq beli kek daripada Bubbloom Bakes. Sebelum ini, beberapa kali Fiqqq beli brownies sama ada untuk majlis hari lahir mahupun buat makan sendiri. Dek kerana sedap. Adakalanya, belikan untuk beri pada saudara terdekat sebagai hadiah. Memandangkan pernah cuba kek-kek yang lain. Tidak mahu terlepas peluang untuk menikmati kesedapan ke enam-enam perasa kek premium tersebut.
Kenapa Bubbloom Bakes Kek Premium?
Boleh dikatakan semua bahan yang digunakan untuk membuat kek daripada bahan premium. Menjadikan kek yang dihasilkan lebih sedap dan rasa mahal. Tapi harga murah, berpatutan dan mampu milik untuk makan sampai kenyang. Ada beza rasa kek yang dihasilkan dengan menggunakan bahan premium. Lebih sedap dan puas hati makan.
Fiqqq tidak kisah jika berbelanja lebih sedikit untuk dapatkan sesuatu makanan yang memenuhi citarasa. Yakin semua orang begitu. Rasa rugi jika setelah belanjakan sejumlah wang untuk membeli makanan. Namun, tidak capai tahap jangkaan rasa yang kita inginkan. Betul tak?
Premium dan Signature Siries
PREMIUM SERIES – Victoria Sandwich, Raspberry Malt Cake dan Mango Tango Cake.
Antara tiga bagi siri ini Fiqqq paling suka rasa Victoria Sandwich. Rasa manis. Kek yang gebu. Sekali makan memang jadi tidak berhenti. Walaupun makan bersahaja di tepi sungai mahupun di rumah. Fiqqq yakin rasa sedap kek tersebut ibarat kita sedang menjamu pastries mahal di cafe bersama secawan kopi panas. Sedangkan hakikinya, hanya kek yang berada dalam aluminium foil.
SIGNATURE SERIES – Walnut Butterscotch, Choc Salted Caramel dan Pandan Gula Melaka
Untuk siri ini memang Fiqqq akan jawab Choc Salted Caramel. Memang favourite adalah coklat. Rasa manis coklat. Selingan rasa masin karamel. Ditambah pula kek yang gebu. Nikmat makan boleh hilangkan rasa duka lara dan lupa masalah yang ada. Hahaha. Walau bagaimanapun, wajib cuba Pandan Gula Melaka juga. Terasa mengembalikan rasa nostalgia apabila makan kek ini. Ditambah pula ada ketulan kecil gula melaka yang ditabur pada atas kek tersebut. Lain daripada yang lain.
Memandangkan Bubbloom mengambil tempahan untuk custom cake, kita boleh minta kek dihasilkan mengikut kehendak masing-masing. Saiz, rasa, jenis, dan sebagainya mengikut kemampuan dan kepakaran beliau. Fiqqq dimaklumkan bahawa siri ini diwujudkan bagi semua penggemar kek dapat menikmati rasa kek dalam bentuk yang lebih kecil. Kalau tidak, kita perlu menempah custom atau whole cake. Pek begini lebih mudah dan menjimatkan. Sekurang-kurangnya tidak perlu beli whole cake walhal Fiqqq ingin makan untuk seorang. Best kan?
Untuk tempahan, boleh contact Sya 013 499 7158.
Selepas seronok melantak semua kek, marilah bakar lemak dengan melakukan aktiviti mendaki bukit di Bypass Rawang. Alasan untuk ulang daki sebab hujan tiba-tiba turun semasa sampai di puncak. Maka, masa berada di puncak sangat terhad. Sepantas kilat berlari turun kerana tidak membawa baju lebih dan segalanya.
Leave a Reply