Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur ini terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Hotel yang menarik untuk menginap bagi mereka yang suka untuk melihat suasana bandar. Walaupun berada di tengah-tengah bandar, kawasan tidak terlalu sesak. Juga, dekat dengan KLCC, MyTown dan sebagainya.
Jarang sekali untuk Fiqqq meluangkan masa bercuti atau beristirehat di kawasan bandar. Lebih gemar untuk pergi ke kawasan yang lebih menghijau dan jauh daripada kesibukan kota. Namun, percutian di sini sedikit berbeza daripada segi masa. Terasa masa bergerak sangat lambat. Jadi, waktu untuk berehat rasa cukup.
Selepas bersarapan di tepi kolam, bersiap untuk mandi di situ. Sambil-sambil bawa anak mandi kolam sama. Kedalaman kolam hanya 1.5 meter. Kolam untuk kanak-kanak juga disediakan. Tapi Fiqqq bawa sahaja anak mandi di kolam dewasa. Pengawasan itu perlulah. Hahaha.
Bilik di Oakwood Hotel Residence Kuala Lumpur
Antara perkara yang Fiqqq rasa ‘wow’ apabila masuk ke ruang bilik dan kelihatan ada katil bayi disediakan bersebelahan katil king. Sepanjang bercuti ke mana-mana, walaupun kita letak 2 dewasa dan 1 bayi (infant), tiada disediakan seperti ini. Bilik luas dan sangat selesa. Television juga disediakan di dalam bilik selain di ruang tamu.
Segala kelengkapan ada mereka sediakan. Benda paling utama bagi perempuan ketika bercuti yang mereka akan check adalah seterika. Pasti beberapa jenis tudung ingin dibawa. Lain jenis, lain warna. Hahaha.
Ruang tamu sangat luas. Mereka menggunakan konsep minimalis dan tidak banyak perabot. Selamat untuk anak main lari-lari. Nama pun budak kecil, lari itu dalam senarai things to do. Hahaha. Bagi mereka yang mungkin datang dalam jumlah keluarga yang besar, boleh ambil dua bilik terus kerana ada pintu pembahagi di bahagian ruang tamu. Lebih seronok apabila bercuti apabila keluarga dekat dengan bilik kita. Tidak perlu terasing jauh.
Ada jenis keluarga berjauhan. Sekali sekala bercuti sama-sama, dapat rasa seperti duduk dalam satu rumah. Cukup masa, tutup lah pintu tengah tersebut untuk tidur dan sebagainya. Fiqqq juga akan cari hotel jenis seperti ini sekiranya bercuti dengan saudara mara walaupun rumah hanya bersebelahan.
Sekiranya bercadang untuk menginap di sini, boleh layari website mereka terlebih dahulu.
Video Staycation
Sambil-sambil kita bercuti, rekod video sebanyak mungkin moment dengan keluarga. Simpan untuk dijadikan kenangan. Tidak tahu bila lagi berpeluang untuk pergi bercuti. Lagipun, tempat cantik sangat. Rugi lepaskan peluang untuk moment healing. Next, kita pergi hiking di Rawang Bypass pula.
Leave a Reply