Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Berekeh Sungai Siput Perak

Bukit Berekeh Sungai Siput Perak

August 31, 2020 by Afiq Halid 15 Comments

Bukit Berekeh Sungai Siput Perak merupakan lokasi seterusnya setelah Fiqqq mendaki Bukit Batu Sawa tempoh hari. Pemandangan yang sangat menarik di sana. Rezeki Fiqqq dapat awan karpet. Memandangkan ramai kenalan hiking mencadangkan ke sini pula sebab pemandangan tengah lawa. Maka, kali ini terus plan bergerak ke Perak. Ketinggian bukit ini sebanyak 454 meter dengan pemandangan 360 secara menyeluruh dapat melihat gunung-ganung lain yang berada di sekeliling. Dengan harapan ada rezeki dapat pemandangan seperti di Bukit Batu Sawa.

Laluan ke puncak Bukit Berekeh Sungai Siput Perak

Kali ini Fiqqq benar-benar rujuk pada yang mereka telah naik bukit ini dan baca beberapa artikel yang berkaitan. Almaklumlah, kebanyakkan tempat walaupun mudah Fiqqq hanya ikut sahaja kenalan yang sudah biasa mendaki. Kita follow rapat orang depan. Namun, mereka kata laluan agak mudah jadi kita cuba pelan-pelan. Cuma ramai yang menasihatkan agar tidak terkeliru dengan laluan yang bersimpang.

Simpang pertama

Permulaan untuk ke bukit berekeh

Ini merupakan simpang pertama selepas berjalan di tempat letak kereta. Pastikan ambil laluan kiri.

Simpang kedua

Simpang ke bukit berekeh

Selepas berjalan beberapa minit. Akan berjumpa dengan simpang ini. Sila ambil laluan kiri juga.

Permulaan untuk mendaki

Laluan masuk untuk ke bukit berekeh

Laluan ini merupakan permulaan untuk mula mendaki. Kalau tadi, banyak berjalan. Oleh kerana Fiqqq tidak berapa suka sangat kawasan gelap dan hanya bertiga dengan adik sedara, masing-masing langkah panjang. Laju. Dasar penakut. Hahaha. Kalau tidak pasti, boleh gunakan aplikasi Google Map (klik sini) untuk ke satu kawasan sebelum trak mencanak.

Akan melalui kawasan ini. Ambil laluan di sebelah kanan. Ada satu jalan kecil untuk naik ke puncak. Ada tanda yang diletakkan.

Sini adalah lokasi terakhir yang Fiqqq kata awal tadi kalau menggunakan aplikasi Google Map. Kemudian akan kelihatan ada tanda di hadapan untuk jalan terus. Fiqqq guna Google Map sebab ada jalan yang tidak pasti sebab ada simpang yang sepatutnya lalu kiri tapi termasuk kanan. Hahaha. Risau juga tapi jalan terus. Apabila sudah sampai sini, laluan mula mencanak. Ambil masa dalam 20 minit juga untuk mendaki.

Laluan untuk naik bukit berekeh

Apabila sudah sampai di atas, perlu melalui lima (5) puncak bukit pula. Paling Fiqqq tidak gemar laluan begini kerana kita akan naik turun naik turun dan naik lagi dan turun lagi. Hahahaha. Walaupun tidak tinggi tapi malas. Oleh kerana alang-alang sudah sampai, teruskan perjalanan. Langkah demi langkah tahu-tahu sudah sampai. Lelap sekejap dan rehat. Subuh di puncak. Tunggu masa untuk matahari terbit. Apapun sejuk di puncak tapi mula panas pada pukul 9 pagi.

Puncak bukit berekeh sungai siput perak

Landmark

Boleh datang ke Masjid Bawong yang terletak berdekatan dengan tapak permulaan untuk mendaki ke Bukit Berekeh. Boleh cari menerusi aplikasi Google Map atau Waze sahaja. Kalau tersampai awal, boleh lelap sebentar di situ. Kemudian, boleh pergi ke lokasi permulaan untuk mendaki Bukit Berekeh Starting Point.

Video

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Bukit Berekeh Perak, Masjid Bawong, Tempat hiking di Perak

Comments

  1. yusuf pencinta iPhone says

    November 23, 2021 at 2:41 pm

    wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…

    Reply
  2. Mai says

    August 12, 2022 at 5:48 pm

    Hai nak tanya, location starting point tu boleh park kereta ke? Atau kena park di masjid bawong?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 17, 2022 at 12:38 am

      Hi, boleh park kat bahu jalan on starting point dia . cuma situ mcm xde signboard. but ada byk kereta

      Reply
  3. Irfan says

    September 6, 2022 at 1:18 am

    Kena buat permit ke naik sana ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 6, 2022 at 9:15 am

      Hari tu naik main terjah jer 🤣

      Reply
  4. Hoonzie says

    October 17, 2022 at 6:14 pm

    Hello,

    Ingin tanya, pacat tu ada ke? 😀
    Thanks!

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 18, 2022 at 8:43 am

      hi. tak ada pon

      Reply
  5. Aziem says

    February 22, 2023 at 7:53 am

    salam, nak naik tu kena ada permit ke

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 24, 2023 at 12:08 am

      wassalam. before this naik je bro. skrg x pasti permit wajib or still sama mcm before this

      Reply
  6. Thinan says

    September 3, 2024 at 11:49 pm

    Hi kalau hike solo bole ke tu?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 4, 2024 at 8:30 am

      Boleh je. sbb ramai je nanti di sana. event that day hike bertiga. rasa macam naik ramai-ramai sbb akan jumpa dengan grouping yg lain.

      Reply
  7. Berry says

    January 28, 2025 at 11:36 am

    Hi total berapa lama nak sampai puncak?

    Reply
    • Afiq Halid says

      February 3, 2025 at 9:29 am

      Saya naik hari tu dalam 2 – 3 jam. Sebab jalan santai2. If pace laju, maybe leh sampai lagi awal.

      Reply

Trackbacks

  1. Pantai Kelanang Morib Selangor - Afiq Halid says:
    September 15, 2020 at 1:03 pm

    […] ini, Fiqqq banyak mendaki seperti Bukit Berekeh di Sungai Siput Perak. Layan pemandangan di puncak bukit. Kali ini bersantai-santai di tepi pantai. […]

    Reply
  2. Bukit Senaling Negeri Sembilan - Afiq Halid says:
    September 29, 2020 at 4:46 pm

    […] kerana tidak jauh pun puncak yang dikejar. Apabila sampai di atas, ada kelihatan sedikit seperti di Bukit Berekeh. Cuma di Berekeh lebih banyak turun naiknya. Sini hanya mendatar […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim