Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Taisho Negeri Sembilan

Bukit Taisho Negeri Sembilan

November 1, 2021 by Afiq Halid 9 Comments

Bukit Taisho Negeri Sembilan antara lokasi tarikan bukan sekadar penduduk setempat malah dari merata tempat. Fiqqq sendiri sanggup datang dari jauh iaitu Klang untuk menikmati pemandangan dari puncak bukit tersebut. Jika lihat dalam mana-mana perkongsian yang dimuat naik dalam media sosial, boleh lihat awan karpet dari atas. Sudah pasti sesuatu yang menarik untuk lihat dengan mata sendiri.

Boleh dikatakan bukit ini mudah untuk didaki kerana ketinggian tidak melebihi 400 meter dan perjalanan untuk sampai ke puncak hanya 30 minit sahaja. Cuma banyak kali juga Fiqqq berhenti ambil nafas. Hahaha. Stamina hilang selepas lama sangat berkurung di rumah. Ambil masa yang lama juga untuk pulih. Pelan-pelan.

Laluan ke puncak

Bukit Taisho Negeri Sembilan Starting point

Ini merupakan laluan permulaan dari tempat letak kereta. Untuk ke sini, perlu berjalan kaki sikit. Jangan risau, ada penunjuk arah mereka sediakan. Laluan juga jelas dan terang. Andai risau kerana pertama kali naik seperti Fiqqq, ikut sahaja orang depan.

Bukit Taisho Negeri Sembilan track

Kita akan melalui kawasan kebun sawit. Adakalanya berkabus andai mula mendaki pada awal pagi.

Bukit Taisho Negeri Sembilan 2

Ada laluan yang agak terbuka. Panas juga apabila terkena cahaya matahari terus. Lebih-lebih lagi waktu turun nanti. Nasib baik Fiqqq bawa topi koboi. Tidak lah terik mata.

Bukit Taisho Negeri Sembilan half way

Jika sudah sampai sini, boleh dikatakan lagi 15 minit akan sampai ke puncak. Ambil laluan di sebelah kiri dan naik terus ke atas. Ada dua laluan ke atas dan boleh gunakan mana-mana pilihan. Jika ingin berjalan sambil menikmati pemandangan, ambil yang kiri.

Bukit Taisho Negeri Sembilan peak

Fiqqq sampai di puncak agak lambat. Dalam pukul 7.35 pagi. Ketika ingin ambil gambar, awan karpet mula menghilangkan diri daripada pandangan mata. Walau bagaimanapun, masih kelihatan. Kawasan puncak agak lapang. Di nasihatkan naik pada awal pagi untuk elakkan panas dan orang yang ramai.

Apa pun terubat sikit hati ini dek kerana sebelum ini Fiqqq hanya layan hujan di Bypass Rawang hiking trail. Pengalaman.

Tempat letak kereta

Bukit Taisho Negeri Sembilan Tempat Parking

Kereta boleh diletakkan di bahu jalan. Pastikan letak kereta dengan baik agar tidak mengganggu pengguna jalan di situ. Jika ingin terus ke sini, boleh klik pada link ini STARTING POINT BUKIT TAISHO.

Video Bukit Taisho Negeri Sembilan

Sedikit sedutan video yang sempat Fiqqq rakam sepanjang di sana. Enjoy!

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Awan karpet, Bukit Taisho, Tempat hiking di Negeri Sembilan

Comments

  1. Mr Lee says

    October 28, 2022 at 10:56 am

    1) May I know is this place available for camping? I would like to have a wild camping trip at here.
    2) How much does this place charged?
    3) Is there any public transportation nearby this place? If no, which is the nearest public transportation?

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 29, 2022 at 8:51 am

      1) Not sure coz most people day hike only.
      2) no cost
      3) it seems far from bus station at main road. you need to go further a bit in residential area

      Reply
  2. jue says

    September 7, 2024 at 1:40 pm

    dah try lum bukit penarikan..best jugak view tp kne pergi ke hentian paragliding..xjauh dr bukit taisho

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 10, 2024 at 10:35 am

      belum. nanti Fiqqq try gi sana pula. Thank you bg cadangan. Lama dah x hiking ni. Hehe

      Reply
  3. LENI MARLINA says

    August 29, 2025 at 9:36 pm

    Teringin juga nak gi bukit Taisho
    Nak naik tu Kene Ade orang yg mengiring kite ke atau camne..
    Ade daftar ke sebelum naik .

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 4, 2025 at 3:41 pm

      Nak naik sendiri pun okey sbb track easy. that day just naik jer. xperlu permit

      Reply

Trackbacks

  1. Dash Box Hotel Cyberjaya - Afiq Halid says:
    August 17, 2022 at 3:52 pm

    […] Harga pula Fiqqq sarankan untuk terus ke website mereka. Selepas itu, boleh pergi hiking di Bukit Taisho […]

    Reply
  2. Bukit Batu Putih Tanjung Tuan - Afiq Halid says:
    September 2, 2022 at 9:43 am

    […] buang sampah merata-rata ya. Tolong jaga kebersihan tempat. Untuk seterusnya boleh mendaki di Bukit Taisho […]

    Reply
  3. Bukit Penarikan Negeri Sembilan - Afiq Halid says:
    July 20, 2025 at 8:03 pm

    […] bukit ini, boleh juga lihat Bukit Taisho untuk pemandangan yang cantik […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim