Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan

Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan

August 23, 2020 by Afiq Halid 19 Comments

Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan terletak di kawasan Jelebu. Dengan ketinggian hanya 333.33M membolehkan mendaki dalam masa yang singkat. Dalam masa 20 minit boleh sampai di puncak. Bergantung kepada kelajuan kita berjalan. Jangan risau, laluan mudah dan boleh naik secara santai. Pelan-pelan jalan janji sampai.

Laluan untuk ke puncak bukit

Jalan kaki selama 10 minit

Memandangkan Fiqqq letak kereta jauh sedikit daripada laluan permulaan maka perlu berjalan kaki yang ambil masa dalam 10 minit. Kita jalan sambil santai-santai lihat kebun atau dusun atau apa-apa sahaja yang ada disekeliling.

Laluan permulaan

Kemudian, akan jumpa satu simpang ke kanan. Boleh perasan laluan ini kerana kereta akan banyak di bahu jalan berdekatan. Senang cerita, sekiranya datang awal, boleh letak kenderaan di sini. Memandangkan penuh, maka perlu letak jauh sedikit.

Melalui kawasan ladang getah

Bermula dengan berjalan di kebun getah. Jalan sekejap sahaja sebelum memasuki kawasan hutan.

Permulaan mendaki

Permulaan laluan agak landai. Jadi tidak penat mana pun.

Pencawang elektrik

Jalan sehingga terjumpa pencawang elektrik ini. Jangan risau, laluan sangat jelas.

Simpang jalan untuk ke puncak

Akan ada ibarat dua laluan yang boleh kita lalu. Pilih laluan ke kanan.

Makin banyak mendaki

Jalan mula banyak mendaki. Jadi akan penat sedikit. Tidak mengapa. Jalan-jalan santai. Agak-agak penat, berhenti rehat sebentar.

Mula mendaki

Kemudian akan jumpa beberapa laluan yang bertali. Dari sini ambil masa dalam 10 minit untuk sampai ke puncak.

Ini merupakan laluan bertali yang terakhir sebelum sampai ke puncak. Senang cerita, sekiranya sudah nampak jenis pokok yang seakan warna merah maka teruskan perjalanan. 5 minit lagi akan sampai ke Puncak Bukit Batu Sawa Negeri Sembilan.

Boleh cuba tempat hiking yang lain dalam Negeri Sembilan seperti Gunung Datuk, Gunung Angsi atau ingin buat Trans Naning.

Tempat Letak Kenderaan

Tempat letak kenderaan

Boleh dikatakan agak terhad jika ramai orang yang pergi. Laluan untuk ke dalam akan melalui kawasan perkampungan penduduk setempat. Jadi, untuk letak kenderaan di bahu jalan kawasan pintu masuk perlu datang awal. Sekiranya di situ penuh, boleh letak di kawasan yang disediakan. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM3 sahaja. Cuma perlu berjalan dalam 10 minit untuk ke tempat permulaan mendaki.

Landmark ke puncak Bukit Batu Sawa

Sekolah sebagai landmark

Sekiranya sudah kelihatan Sekolah Kebangsaan Peradong bermakna sudah sampai simpang masuk ke kawasan kaki bukit. Lorong untuk masuk berada di hadapan sekolah tersebut.

Papan tanda untuk ke bukit

Lebih mudah jika guna sahaja aplikasi Waze dan taip sahaja Bukit Batu Sawa Parking/Trailhead atau guna Maps.

Video

Fiqqq belanja beberapa pemandangan dalam bentuk video ringkas. Enjoy!

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Awan karpet, Bukit Batu Sawa, Tempat hiking di Negeri Sembilan

Comments

  1. Parizan Mohd Zain says

    August 23, 2020 at 3:40 pm

    Menarik ni ..akak nak suggestbkat team.leader la…tp plan akan dtg la sbb kami baru kehilangan sahabat kami semalam…semua plan utk bulan 9 terpaksa ditangguhkan sementara waktu

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 24, 2020 at 4:15 pm

      Sory for that news kak Parizan . Anyway , ada rezeki insyaAllah akak sampai sini . Hike pon ambil masa yang singkat . Sekejap je dah sampai puncak .

      Reply
  2. Alea Amir says

    August 24, 2020 at 4:16 pm

    Omg bestnya! Esok saya nak pergi sini! Bestlah baca blog Afiq! Saya baru berjinak2 hiking ni hehehe wish me luck 🤩🤩

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 25, 2020 at 6:13 am

      Terima kasih . All the best . Seronok hiking . Cuma penat sikit . But terbayar dgn view yg cantik . Hehe

      Reply
  3. Wendy says

    September 13, 2020 at 2:29 pm

    Was it raining the night before to be able to see such beautiful sea of clouds?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 15, 2020 at 12:13 pm

      Yes. But it depends on luck i guess.

      Reply
  4. TAVANYAH APPLASAMY says

    September 20, 2020 at 1:40 pm

    Any suggestion on the best time to see the sea of clouds?
    By the way, good writings and all your videos are very informative.keep it up.

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 21, 2020 at 8:22 am

      You can go early morning. Start at 7am. But it depends on luck . I need to wait until 10.30 that day to get the sea of clouds for few minutes only. Hehe. All the best

      Reply
  5. meck says

    September 22, 2020 at 5:29 pm

    Quite impressed how beautiful this view can be 🙂 Your blog is very informative Afiq. Permit needed ?

    Reply
    • Afiq Halid says

      September 22, 2020 at 6:19 pm

      i wait for few hours to get this view . worth waiting for the view . btw , No need permit . And thank you :).

      Reply
  6. nazirulshafiee says

    October 25, 2021 at 4:18 pm

    Hi Bro, may I know is there required any permit to hike this hill?

    Reply
    • Afiq Halid says

      October 25, 2021 at 4:28 pm

      Hi . That time i pergi just naik je . Bayar parking . But now x pasti . 🙏🏻🙏🏻🙏🏻

      Reply
  7. Firdaus says

    July 14, 2022 at 2:31 pm

    Nk tnye bang kene byr permit ke nk naik bukit tu?

    Reply
    • Afiq Halid says

      July 29, 2022 at 1:54 pm

      That day main naik je . Skrg x pasti kena apply permit or x

      Reply
  8. aina says

    May 27, 2024 at 2:23 pm

    hiking sini perlukan guide tak? and permit dia macam mana?

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 6, 2024 at 3:25 pm

      Tak perlu guide pon okey. sbb senang untuk naik ke atas. permit kena apply. try search forestry.ns.gov.my

      Reply

Trackbacks

  1. DJI Mavic Mini 2 - Afiq Halid says:
    December 17, 2020 at 8:25 am

    […] Apa-apa pun kan sebenarnya bergantung kepada cuaca juga untuk dapatkan shot yang cantik. Orang panggil Golden Hour. Sebagai contoh waktu langit biru, waktu matahari terbit atau waktu senja. Tapi kalau waktu Fiqqq mendaki gunung atau bukit akan kejar waktu matahari terbit untuk menampakkan awan karpet yang cantik. Contoh semasa Fiqqq naik Bukit Batu Sawa. […]

    Reply
  2. Pertandingan dan pameran bonsai - Afiq Halid says:
    August 5, 2022 at 4:22 pm

    […] Banyak juga input yang Fiqqq peroleh sepanjang pertandingan ini berlangsung. Belajar sesuatu yang baharu berkenaan pokok bonsai. Daripada pokok biasa sehingga mereka bentuk jadi seni kreatif. Almaklumlah, sebelum ini banyak meluangkan masa berjalan dalam hutan mendaki bukit dan gunung. Rasa sudah lama tidak mendaki. Apa kata kita imbas kenangan masa naik Bukit Batu Sawa. […]

    Reply
  3. RAWATAN JERAWAT DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR - Afiq Halid says:
    December 6, 2023 at 2:13 pm

    […] penting, amalkan gaya hidup sihat seperti hiking dan melakukan aktiviti mengeluarkan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim