Afiq Halid

Pocket videographer, blogger, hikers and food lovers

You are here: Home / Travel/Hiking / Bukit Broga Semenyih Selangor

Bukit Broga Semenyih Selangor

July 10, 2017 by Afiq Halid 25 Comments

Bukit Broga Semenyih Selangor

Bukit Broga Semenyih Selangor merupakan tempat yang sesuai belajar atau mula menjinakkan diri untuk berhiking. Dengan ketinggian hanya 400 meter dari paras laut tidaklah terlalu tinggi dan tidak terlalu lama masa yang diambil untuk sampai ke puncak. Walau bagaimanapun, keselamatan semasa memanjat Bukit Broga perlu diambil kira supaya dapat mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Persediaan menaiki Bukit Broga Semenyih Selangor

Masa

Bukit Broga @ Broga Hill Mula untuk Berhiking

Sewaktu mula-mula Fiqqq menaiki bukit ini memang datang awal kerana berniat untuk melihat matahari terbit. Memandangkan ketika itu Fiqqq sedar diri bahawa masih ‘newbies’ maka mula mendaki pada jam 4.00 pagi. Memandangkan ketika itu orang masih jarang-jarang maka hanya mengambil masa dalam 45 minit untuk sampai ke atas.

Andai lebih selesa untuk menaiki ketika waktu cerah, boleh sahaja mula mendaki pada jam 7.00 pagi. Perjalanan dari tempat letak kereta ke kaki bukit juga mengambil masa. Jadi, sedang elok setiba di bahagian yang memerlukan kudrat untuk mendaki kawasan mula cerah dengan cahaya matahari. Tapi, kalau waktu panas susah juga. Cepat letih.

Pakaian

Gunalah pakaian yang sesuai memandangkan kita akan berpeluh ketika mendaki serta memerlukan langkah yang besar. Lebih-lebih lagi kasut yang kita pakai. Fiqqq lebih suka guna kasut yang bertapak sedikit bergerigi (harap betullah perumpamaan yang Fiqqq guna) supaya dapat mencengkam tanah yang kita pijak.

Bukit Broga @ Broga Hill Mula untuk Berhiking

Ada laluan yang agak licin dan kita perlu berhati-hati. Nampak ringan perkara ini kerana tidak lah terlalu mencabar namun lebih baik kita berjaga-jaga sebelum terjadi apa-apa. Betul tak? Kadang-kadang sudah pakai kasut yang sesuai tetapi Fiqqq salah letak kaki maka tergelincir juga. Cuma kita perlu perhatikan mana kaki kita ingin letak. Mana yang boleh kita paut maka peganglah untuk keselamatan.

Bukit Broga @ Broga Hill Mula untuk Berhiking

Ketika naik memang sedikit terasa seksa untuk mendaki namun seronok ketika turun kerana curam bukit tersebut membuatkan kita seronok menggelongsorkan diri. Dalam keadaan ini, pandai-pandailah jaga diri. Jangan terlalu suka sangat ya. Tidak kisahlah sudah berkali-kali naik, kadang-kala kesilapan kecil itu boleh memudaratkan.

Subuh

Perkara yang paling seronok apabila dengar azan walaupun berada di atas bukit. Ketika itu perlulah bersiap sedia untuk berwudhuk dan menunaikan kewajipan. Jangan risau kerana pernah sekali itu Fiqqq turut serta geng yang buat jemaah.

Bukit Broga @ Broga Hill Mula untuk Berhiking

Peak yang sesuai untuk solat ialah di Peak 1 dan Peak 2 dek kerana ada kawasan rata yang sedikit luas. Bawalah segala kelengkapan solat yang mudah untuk kita menunaikan di atas bukit. Terutama air untuk berwudhuk. Cukup rasanya satu botol besar air paip untuk kongsi dengan beberapa orang yang lain.

Gambar di atas merupakan pemandangan dari Peak 3. Peak 3 mempunyai tempat yang sedikit terhad untuk berada lama di situ kerana berbatu. Jadi, apabila sudah ramai maka bawalah bersabar dan bertenang untuk bergambar dan sebagainya.

Lain-lain

Bagi yang memerlukan air dan makanan, Fiqqq sarankan bawalah lebih sedikit. Jangan bawa air mineral botol kecil andai sudah tahu diri itu kuat minum air. Fiqqq selalu bekal coklat dan roti sekiranya rasa lapar untuk alas perut. Andai tidak boleh makan coklat, bawalah sesuatu yang manis.

Perkara yang paling penting, sudah tahu bawa naik atas tolong tahu juga untuk bawa turun dan buang segala sampah di dalam tong sampah. Andai tidak jumpa, simpan dalam kereta. Mohon ya untuk sama-sama jaga kebersihan tempat awam bersama. Kita sendiri merungut kalau sesuatu tempat itu kotor tapi kita jangan jadi salah seorang yang menyumbang kekotoran itu.

Bukit Broga @ Broga Hill Mula untuk Berhiking

Sediakan siap-siap RM 1.00 setiap orang dalam satu kereta. Andai datang berlima, sediakan sahaja RM 5.00. Jangan sudah sampai, baru nak cari wallet, cari duit kecil dan sebagainya. Jangan risau, tempat letak kereta yang disediakan adalah luas. Ada yang menjaga untuk tentukan lokasi untuk kita letak kereta.

Bukit Broga @ Broga Hill Mula untuk Berhiking

Memandangkan sudah lama tidak berhiking, semput jugalah Fiqqq naik atas. Nasib baik ada member bagi semangat. Almaklumlah, lepas raya ini memang bawa tong yang berisi ketupat, lemang, lontong, soto, laksa, kuih dan muih beraneka macam makan janganlah hanya dipandang … Hahaha.

Konklusinya, Bukit Broga Semenyih Selangor adalah permulaan untuk berhiking semula. Fiqqq sudah target beberapa lokasi lain yang akan Fiqqq terjah kemudian hari. Mungkin ingin cukupkan perjalanan daripada Bukit Broga Gunung Tok Wan dan Puncak 18. Perlu buat persiapan terutama stamina apabila kita ingin naik yang lebih tinggi. 

View this post on Instagram

Breakfast hari ni 😅🤲🏻 Allahumma Bariklana Fima ….

A post shared by Afiq Halid (@afiqhalid) on Nov 9, 2019 at 5:36pm PST

Video

Filed Under: Travel/Hiking Tagged With: Broga Hill, Broga Semenyih, Bukit Broga, Lokasi hiking di Selangor

Comments

  1. mas saari says

    July 10, 2017 at 12:01 pm

    Best daki Broga ni, mencabar jugaklah. Akak dulu pergi satu family dengan anak² lagi seronok. Diaorang yang sampai dulu ke puncak, hehehee!

    Reply
    • Afiq says

      July 10, 2017 at 3:09 pm

      Wahhh. Bagusnya, seronok sebab boleh leisure naik ke atas. Mencabar namun sesuai untuk nubis mcm afiq ni. Hehehe

      Reply
  2. IQ aka Izyan Balqis says

    July 10, 2017 at 4:00 pm

    IQ dah bertahun dah tak naik gunung, dah 5 tahun tinggalkan dunia pergunungan. kalau start balik, alamatnye kejap je lemak dekat perut ni hilang agaknya

    Reply
    • Afiq says

      July 10, 2017 at 4:31 pm

      Wahhh. Dunia pergunungan nih. Saya masih kena cari stamina untuk naik gunung. Cuba nanti in Shaa Allah. Soon !!! 😀

      Reply
  3. miminadam says

    July 10, 2017 at 6:23 pm

    alaaa. nak panjat gakk. len kali p ajak ehh

    Reply
    • Afiq says

      July 10, 2017 at 6:32 pm

      Boleh boleh. Ajak Mera sekali. Hahaha. Naik reramai seronok sikit.

      Reply
  4. YB Shehan says

    July 10, 2017 at 8:23 pm

    Bes. Rs nak repeat wpon sesak jiwa raga. Hahahaha

    Reply
    • Afiq says

      July 11, 2017 at 9:38 am

      Boleh kak. Nanti kita set2 lah. Hahaha.

      Reply
  5. umminani says

    July 17, 2017 at 9:34 am

    tahniah fiqq, sampai kt atas.lain kali nak dtg bgtau, lepas trun lepak rumah akak

    Reply
    • Afiq says

      July 18, 2017 at 1:10 pm

      Alaaaa, Kalau tahu that day boleh singgah. Hahaha. In Shaa Allah

      Reply
  6. Deela says

    July 31, 2018 at 4:20 pm

    Naik atas tu ada pakai guide tak or memang naik sndiri je?

    Reply
    • Afiq says

      August 5, 2018 at 7:41 pm

      Naik sendiri . Kebiasaannya ramai yang naik jadi boleh follow mana2 team yang naik . Track mudah . In Shaa Allah boleh sampai ke puncak dengan selamat .

      Reply
  7. yusuf pencinta iPhone says

    November 23, 2021 at 2:54 pm

    wah…menariknya baca pengalaman hiking you…teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni…

    Reply
    • Afiq Halid says

      November 30, 2021 at 10:06 pm

      Seronok hiking . Walaupun penat tapi dapat burn calories and exercise sambil2 tgk pemandangan di puncak.

      Reply
  8. suria says

    December 21, 2022 at 10:21 pm

    assalam. is it safe naik seorang diri pergi broga?

    Reply
    • Afiq Halid says

      December 22, 2022 at 7:26 am

      wassalam. boleh je. naik time siang sikit. kalau awal pagi gelap tu scary gak if jalan sorg2.

      Reply
  9. zaim says

    April 24, 2024 at 11:36 pm

    ada tour guide ke

    Reply
    • Afiq Halid says

      August 8, 2024 at 9:31 am

      naik sendiri pon boleh. kalau nak tour guide pun boleh

      Reply

Trackbacks

  1. Bukit Panorama Sungai Lembing Kuantan - Afiq Halid says:
    February 3, 2018 at 9:40 am

    […] mendaki Bukit Panorama tidak susah malah lebih senang daripada mendaki Bukit Broga . Fiqqq pernah kongsikan pengalaman naik ke sana dahulu. Cuma yang membezakan ialah trek di sini […]

    Reply
  2. Hiking di Gunung Rajah via Bentong Pahang - Afiq Halid says:
    September 19, 2018 at 9:37 am

    […] tengok beg masing-masing besar dan nampak lah hikers tu. Ini Fiqqq sudah rupa macam pergi naik Broga. […]

    Reply
  3. Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara - Afiq Halid says:
    October 28, 2019 at 8:48 am

    […] Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara terletak di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Bukit ini sesuai untuk mereka yang baharu ingin berjinak dalam dunia ‘hiking’. Boleh dikatakan lebih mudah berbanding menaiki Bukit Tabur. […]

    Reply
  4. Broga Gunung Tok Wan dan Puncak 18 - Afiq Halid says:
    November 11, 2019 at 12:43 pm

    […] mungkin tidak perlu ulas panjang berkenaan Bukit Broga kerana pernah naik suatu ketika dahulu. Waktu mula-mula berjinak dalam aktiviti mendaki. Mencari […]

    Reply
  5. Maryam ... mama datang sayang - Afiq Halid says:
    November 13, 2019 at 9:43 pm

    […] hilangkan sedih, Fiqqq ingin ambil udara segar di puncak Bukit Broga untuk melihat kebesara […]

    Reply
  6. Bukit Wawasan Puchong Selangor - Afiq Halid says:
    November 18, 2019 at 7:19 am

    […] ke puncak. Maka, tidak perlu risau untuk tersesat dan sebagainya. Lebih kurang laluan untuk naik ke Bukit Broga. Cuma jangan keluar dari laluan […]

    Reply
  7. Beberapa faktor perlu ambil kira sebelum bercuti - Afiq Halid says:
    September 22, 2021 at 3:36 pm

    […] tidak berapa yakin untuk pergi menginap di mana-mana lokasi pelancongan, teringin juga pergi hiking Bukit Broga yang terletak di Semenyih. Masih dalam satu negeri. Lama sangat berehat. Hahaha. Walau […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

ABOUT

Afiq Halid

Pocket Videographer I Blogger

Instagram : Afiqhalid

Facebook : Afiq Halid

YouTube : Afiq Halid

Categories

  • Food (85)
  • Santai (63)
  • Travel/Hiking (72)

© 2025 · Blog Afiq Halid · Core setup by Hafiz Rahim